Monday, 10 December 2012

Dalam Sibuk Sempat Juga Update

Salam to all yang ikuti perkembangan Hj. Hamid Catering...Terimakasih kerana setia bersama kami yang baru saja dalam dunia blog ini. Maaflah kerana lambat update blog ini lantaran kesibukkan harian dan tempahan pelanggan. Almaklum sajalah bila tiba musim hujan dan udara kasih sayang melanda maka kami pun bertungkus lumus memberikan tangan memeriahkan kasih sayang mereka semua. Alhamdulillah hari ini sempat juga update blog Alida ini...syukur...

Mungkin tidak banyak yang boleh dikongsikan dalam bentuk tulisan untuk bacaan semua tetapi alida post kan gambar2 sebagai pengatur pandang buat semua. ini antara koleksi gambar yang sempat di ambil di majlis perkahwinan yang telah di adakan di dewan serbaguna Taman Sungai Abong Muar. Chef Alizan dan para pembantu yang comel dan gagah tampan adanya ye. Makanan dan buah2an tersedia untuk menjamu selera..Jemput semua, jangan malu2!

Monday, 5 November 2012

Tawaran Dari Hj Hamid Catering

Assalammualaikum semua...Apa khabar? Diharapkan semua dalam sejahtera dan bahagia hendaknya. Maaf atas kelewatan kami update cerita dari Hj Hamid Catering lantaran kami sibuk dengan tempahan serta melayan para tetamu yang datang. Hari ini kami ingin menonjolkan kepada semua yang melawat blog ini menikmati juadah dengan harga yang sangat berpatutan. Lantaran dengan ini Hj Hamid Catering menyediakan pelbagai menu menepati citarasa anda semua...
Nah ini dia...Kami ada NASI BIYANI, AYAM MERAH@GORENG BEREMPAH, DAGING BRIYANI, PENCUK BUAH OREN & TEMBIKAI, AIR OREN & SIRAP + AIR MINERAL.

Tahukah berapa harga semua ini unutk semua????
Hanya RM7 sahaja!

Penghantaran dan peralatan kami sediakan untuk anda! Harus diingat peralatan dipulang dalam keadaan bersih tau.Untuk pakej ini kami menerima tempahan sebanyak minima 1000 orang...harap maklum saudara dan saudari sekalian.

Kami ada Pakej 2 = RM9, Pakej 3 = RM11 dan anda boleh terus menghubungi kami untuk mengetahui pakej dan tawaran yang kami sediaan di talian hot kami Chef Alizan 0127691220 atau Pengurus kami Pn. Ida 0177882322. Anda mahukan senarai pakej kami? Hubungi kami sekarang.

Tuesday, 9 October 2012


Selamat datang ke alidacatering.blogspot.com. Terima kasih kerana sudi menjengah blog masakan dan catering ini. Julung2 kalinya kami bertemu dengan kalian diluar sana dalam alam maya tanpa sempadan! 4 tahun berkecimpung dalam dunia katering bersama Hj Hamid Catering dan sudah sampai masanya kami share pengalaman dan perkhidmatan untuk semua.

Adalah bertepatan agar kami memperkenalkan tentang siapa kami. Diketuai oleh Chef Alizan kami mengorak langkah menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan dan santapan untuk beberapa majlis keraian seperti majlis perkahwinan, jamuan kenduri kendara, rumah terbuka, majlis harijadi, dan macam2 lagi acara yang melibatkan jemputan serta santapan. Alhamdulillah sudah 4 tahun kami menjayakannya!


Ini Chef Alizan, beliau mengetuai pasukan hadapan dalam kumpalan kami. Di usia yang muda beliau telah jatuh cinta dalam dunia rempah ratus, asam garam, manis dan masam di dalam dunia masakan. Minatnya telah membawa beliau mempelajari dengan lebih meluas tentang campuran herba, suntingan perasa dan aroma bauan yang lahir dari masakan yang enak dan berkhasiat. Yang telah terdidik dengan dunia perniagaan makanan dari keluarga dan kini Chef Alizan membawa kita semua menikmati hidangan istimewa darinya.

Impian yang tinggi menjulang dan mendapat pendidikan dari Yayasan Pelajaran Johor ini telah pun menimba pengalaman luar bermula di Rebak Marina Resort Langkawi selama 3 tahun. Inilah pengalaman yang begitu berharga buat Chef Alizan dan tanpa jemu menambah pengalaman yang tidak kurang hebatnya di The Zone Johor Bahru. Tidak cukup dengan itu pengalaman  di Le-Meridien Kuala Lumpur pula dijelajah. Antara Chef yang telah mengajarkan pengalaman mereka termasuklah Chef Zubir dan Chef Ramu yang pernah menjadi juri di Master Chef Malaysia!


Dikesampingan itu Chef Alizan mendapat peluang berkhidmat untuk Istana Hotel dalam bidang masakan tetapi jiwa usahawan begitu kuat di dalam diri beliau. Maka keputusan yang sangat penting harus di buat segera. Segala ilmu dan pengalaman selama ini dijadikan sebagai tiang utama dalam perniagaan ini, maka hari ini kita semua dapat melihat dan berkongsi info serta perkembangan dalam blog alidacatering ini. Yeah!


Kepada anda di luar sana yang memerlukan tips atau apa2 pertanyaan bolehlah menghubungi Chef Alizan pada talian yang tertera di post ini ya. Dan kami bawakan kepada semua Alida Catering yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan, kenduri kendara, atau apa saja majlis yang kalian memerlukan santapan. Hubungi kami atau boleh saja emel ke hjhamidcatering@gmail.com. Kami akan update berita dan gambar untuk pos2 yang akan datang...Terima kasih!

Alida Catering
Chef Alizan: 0127691220
Puan Ida: 0177882322
Email : hjhamidcatering@gmail.com